اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Bengkel Pembangunan Aplikasi Waktu Solat Antarabangsa Dan Hitungan Waktu Solat

19 - 21 Februari 2020 (Rabu - Jumaat)

Pada 19 hingga 21 Februari 2020 yang lalu, Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Aplikasi Waktu Solat Antarabangsa dan Hitungan Waktu Solat yang bertempat di Furama Hotel, Kuala Lumpur.

Unit Falak PMWP dalam kerangka untuk membangunkan dan mewujudkan satu aplikasi waktu solat antarabangsa yang akan menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia yang akan keluar negara bagi mendapatkan maklumat jadual waktu solat semasa. Justeru, bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan sumber-sumber waktu solat luar negara selain membincangkan kaedah dan konsep aplikasi waktu solat yang akan dibangunkan. Turut hadir dalam bengkel kali ini wakil daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan wakil daripada Unit Falak, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Selain itu, peserta bengkel juga didedahkan dengan kaedah hitungan waktu solat harian menggunakan Almanak Falak Syarie dan latihan diberikan supaya semua pegawai dapat meningkatkan kemahiran dalam hitungan dan penyediaan waktu solat harian. Unit ini telah menjemput Encik Wan Kamel bin Wan Husain daripada Bahagian Ukur Geodetik, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi mengendalikan bengkel hitungan waktu solat tersebut.

Antara gambar-gambar sepanjang bengkel berlangsung