اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Kunjung Hormat Unit Falak PMWP Ke Jabatan Mufti Negeri Selangor

7 Januari 2021 (Khamis)

Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah berkesempatan mengadakan sesi kunjung hormat ke Jabatan Mufti Selangor pada 7 Januari 2021. Rombongan dari PMWP telah disambut oleh Ustaz Hardi Sadali selaku Penolong Mufti Kanan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Selangor.

Objektif pertemuan adalah untuk mengadakan sesi perbincangan di antara Unit Falak PMWP dan Jabatan Mufti Selangor berkenaan kerjasama program dan kajian falak yang boleh dilakukan secara bersama-sama. Selain itu kunjung hormat ini juga adalah untuk saling bertukar-tukar idea dan kemahiran bagi penambahbaikan perkembangan falak di negeri masing-masing.