اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Mesyuarat Unit Falak PMWP 2021

20 Januari 2021 (Rabu)

Seramai lapan orang pegawai Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada tahun 2021 di platform “Google Meet”. Mesyuarat dikendalikan oleh ketua Unit Falak PMWP sendiri iaitu Ustaz Mohd Jais Anuar bin Ahmad. Mesyuarat dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi.

Secara umumnya, mesyuarat ini bertujuan untuk Pegawai Falak saling berkenalan di antara satu sama memandangkan terdapat empat orang pegawai yang baharu lapor diri di bawah unit falak. Fokus mesyuarat pula adalah kepada perbincangan aktiviti falak PMWP sepanjang tahun 2021 dan pembahagian tugasan dalam kalangan pegawai.

Di akhir mesyuarat, pegawai kelihatan lebih bersemangat untuk sentiasa melakukan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik seiring dengan visi dan misi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Mudah-mudahan unit falak dapat menjadi rujukan orang awam khususnya masyarakat di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.