25 – 27 Januari 2021 (Isnin – Rabu)
Pada 25 Januari sehingga 27 Januari yang lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan satu Mesyuarat Penyediaan Takwim Falak Seluruh Malaysia Tahun 2021 dan Bengkel Pengesahan SOP Arah Kiblat. Mesyuarat yang diadakan selama tiga hari ini bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Bandar Baru Bangi. Seramai dua orang pegawai falak PMWP telah menjadi wakil di dalam mesyuarat tersebut.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan penyelarasan aktiviti dan kajian falak yang melibatkan kerjasama antara JAKIM dan Jabatan Mufti Negeri-Negeri serta membuat pengesahan akhir SOP Arah Kiblat bagi tujuan cetakan. Walaupun hanya dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi “Google Meet”, dengan kerjasama yang baik dari semua pihak, mesyuarat tetap dapat dijalankan dengan lancar.