LABUAN, 14 OKTOBER 2024 (ISNIN) - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Al-SAYYID Al-Syeikh Abdul Sobur Al-Kayyali Al-Rifa’ie Al-Husaini, di atas kesudian berkunjung ke Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan. Kunjungan ini disambut oleh SS Dr. Nik Azlan bin Nik Man, Timbalan Mufti JMWP Cawangan Labuan serta pegawai JMWP Cawangan Labuan. Antara perkara yang telah dibincangkan dalam pertemuan ini adalah, beliau berhasrat ingin melaksanakan pengajian syarah Daurah Kitab Sahih Al-Bukhari di Masjid dan Surau seluruh Labuan.Pertemuan ini diakhiri dengan sesi bergambar. Semoga pertemuan ini akan membawa kebaikan pada semua pihak di masa yang akan datang khususnya kepada masyarakat Labuan.
نشرة أنباء لابوان
KUNJUNG HORMAT AL-SAYYID AL-SYEIKH ABDUL SOBUR AL-KAYYALI AL-RIFA'IE AL-HUSAINI KE JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
الزيارات: 858