اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM TAHSIN AL-QURAN SIRI 6/2026 DI JIMWP CAW LABUAN

LABUAN, 8 Oktober 2026 — Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan telah menganjurkan Program Tahsin Al-Quran Siri 6/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Labuan pagi ini. Program ini menghimpunkan para pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan bagi memperkukuh kefahaman bacaan al-Quran yang sahih telah dirasmikan oleh Saohibus Samahah Dr. Mohd Aizam Bin Mas’od, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Labuan.

Penceramah jemputan pada program kali ini ialah YBrs. Ustaz Mohd Najeeb Bin Abd Rahim, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan. Sesi ceramah yang sangat menarik telah mendapat perhatian yang sungguh mendalam, khususnya perkongsian berkaitan ilmu Tajwid. Beliau menekankan kepentingan memahami kaedah bacaan al-Quran dengan betul agar masyarakat dapat dibimbing membaca kitab suci secara tepat dan berlandaskan hukum tajwid yang tepat.

Jabatan Mufti berharap agar siri Tahsin Al-Quran ini dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran memperkukuh penghayatan al-Quran dalam kalangan pemegang tauliah, sekali gus menyumbang kepada pembinaan masyarakat Islam yang celik al-Quran di Wilayah Persekutuan Labuan.