اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

TAUSIAH SYAHRI

PUTRAJAYA, 19 FEBRUARI 2021- Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah telah mengadakan pertemuaan dua hala secara maya dengan para pegawai PMWP Cawangan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 19 Februari 2021 yang lalu. Semasa pertemuan tersebut, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman turut merakamkan ucapan penghargaan kepada para pegawai yang bertungkus lumus serta tahniah atas kerjasama bahagian dan unit PMWP, bagi menjayakan program tahun 2021 walaupun dalam keadaan norma baharu. Ini memberikan impak yang tinggi dan positif kepada PMWP.

Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman dalam pertemuan maya itu, turut menyentuh hasrat dan amanat YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakhri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan dasar Manhaj Rabbani berteraskan Maqasid Syariah dalam pentadbiran Hal Ehwal Islam. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman berharap agar PMWP dapat bersama-sama dalam pelaksanaan dasar tersebut, dengan memberi tumpuan kepada tiga penekanan elemen utama iaitu aspek keilmuan, spiritual dan dakwah, mengikut bidang tugas dan skop di PMWP.

Pada akhir mesyuarat, para pegawai PMWP dinasihatkan agar saling merapatkan ukhuwah, mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan menyeronokkan serta menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam suasana semangat kekeluargaan. Seterusnya, menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh dan masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan.