KUALA LUMPUR, 5 MEI 2021- Ketua unit falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), Al-fadhil Ustaz Mohd Jais Anuar bin Ahmad, telah menyampaikan sebuah ceramah berkenaan ilmu falak di Auditorium, Wisma Pertahanan.
Program Ceramah Ilmu Falak ini merupakan anjuran Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) bersama Kelab Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (KESUMA). Objektif program adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai kajian saintifik berkenaan matahari, bulan dan planet yang terdapat di alam semesta.
Harapan PMWP semoga kerjasama di antara unit falak dan agensi agensi lain seperti ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa.