اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SAHIBUS SAMAHAH MUFTI NEGERI TERENGGANU MENYERTAI CERAPAN HILAL RABIULAWAL 1444H DI PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

PUTRAJAYA, 26 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah mengadakan cerapan hilal Rabiulawal 1444h di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Turut hadir menyertai sesi cerapan ini adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan pegawai daripada Jabatan Mufti Negeri Terengganu yang diketuai oleh Sahibus Samahah Dr. Mohamad Sabri Bin Haron, Mufti Negeri Terengganu.
 
Ketibaan rombongan ini telah disambut oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali Bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan diperkarangan lobi PICC. Ahli rombongan seterusnya menyertai sesi cerapan hilal hingga tamat iaitu setelah hilal terbenam pada jam 7.34 malam. Program ini bertujuan merapatkan silaturahim antara kedua-dua agensi serta beberapa agensi yang terlibat seperti Jabatan Ukur Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan perkongsian maklumat dan penguasaan teknik pengendalian peralatan astronomi dalam aktiviti cerapan hilal yang dilaksanakan pada setiap bulan.
 
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat serta diteruskan pada masa yang akan datang demi memantapkan kefahaman, kemahiran dan pengukuhan dalam bidang ilmu falak dikalangan para peserta.