KUALA LUMPUR, 22 OKTOBER 2024 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan hari ini mengadakan sesi libat urus bersama YB Puan Fadhlina Sidek,Menteri Pendidikan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal dan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat.Majlis ini turut dihadiri YB Senator Dr Zulkifli Hasan,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama dan turut disertai kepimpinan parti dan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan. Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan mengendalikan sesi pembentangan dan penerangan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan.
Pelbagai isu dan persoalan yang diajukan oleh para peserta dijelaskan dengan terperinci oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan. Antaranya bagi dakwaan bahawa Akta ini akan terpakai kepada bukan Islam dan dilaksanakan di seluruh negara. Selain itu RUU Mufti WP tidak sama sekali menyekat kebebasan rakyat sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia juga telah melalui proses yang panjang bermula 2011 dengan penglibatan pakar perundangan dari Jabatan Peguam Negara,JAKIM, peguam terkenal dan agensi berkaitan. Akta ini juga tidak sama sekali melangkaui kuasa Yang Di Pertuan Agong. Adalah diharapkan sesi libat urus ini dapat diteruskan kepada warga Kementerian Pendidikan pada masa akan datang.