اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PERTEMUAN BAHAGIAN AGAMA & KAUNSELING, JABATAN INTEGRITI PEMATUHAN STANDARD, POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) BERSAMA JABATAN MUFTI WILYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 22 OKTOBER 2024 - Delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai sembilan orang diketuai oleh YDH DCP Datuk Azhan bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah Bahagian Agama & Kaunseling JIPS telah mengadakan pertemuan dengan Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Pertemuan dua hala ini bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Bahagian Agama & Kaunseling, JIPS Polis Diraja Malaysia. JMWP dan PDRM turut berhasrat untuk meneliti pelbagai aspek kerjasama ini, termasuk program pendidikan dan kesedaran tentang nilai-nilai Islam, serta cara-cara untuk meningkatkan peranan kedua-dua institusi dalam menangani cabaran semasa yang dihadapi oleh masyarakat.

Pertemuan seperti ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia serta dapat bekerjasama dalam memartabatkan Islam di negara Malaysia.