اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG KE JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 8 NOVEMBER 2024 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan hormat daripada Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki bin Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Timbalan Mufti Pulau Pinang serta delegasi ke pejabat ini pada 8 November 2024.

Melalui kunjungan ini, SS Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah berkongsi pelbagai informasi berkaitan teras perkhidmatan, gerak kerja dan pelaksanaan program-program Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Dalam kesempatan kunjungan hormat ini juga, perbincangan antara Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diadakan mengenai isu semasa dan kontemporari untuk pemerkasaan institusi kefatwaan dalam masyarakat serta bertukar-tukar pendapat dan pandangan bagi penambahbaikan pengurusan hal ehwal agama dan kefatwaan di kedua-dua negeri. Kunjungan hormat seperti ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara jabatan-jabatan mufti di seluruh Malaysia serta mengukuhkan institusi kefatwaan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Semoga pertemuan ini memberikan manfaat dan perkongsian komprehensif kepada kedua-dua negeri.