KUALA LUMPUR, 6 DISEMBER 2024 - Unit Runding Cara Akidah (URCA), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Tindakan Kes Permohonan Keluar Islam di Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan cawangan Kuala Lumpur. Mesyuarat turut dihadiri oleh Dr. Suariza @ Hidayah binti Mohamad yang merupakan Pengarah Pendidikan dan Pembangunan Insan PERKIM, Encik Nawawi bin Isa merupakan Pegawai dari Unit Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Encik Mohd Sahirman bin Ahmad dan Puan Nur Alliya Maisarah Orbanus binti Abdullah yang mewakili Bahagian Pengurusan Dakwah cawangan Kebajikan Saudara Baru Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Pegawai JMWP.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Muhamad Sujak bin Muhammad Dasuki, Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan. Tujuan utama diadakan mesyuarat ini untuk membincangkan berkaitan kes permohonan keluar Islam di Wilayah Persekutuan serta solusi terbaik dalam menanganinya. Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan berkaitan projek pendekatan dalam menyantuni mualaf yang akan dilakukan oleh bahagian Wanita PERKIM Kebangsaan.
Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan seterusnya kebajikan para mualaf akan sentiasa dijaga dan dipelihara.