اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

DELEGASI INSTITUSI ZAKAT KUWAIT BERTEMU MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2024 – Delegasi Institusi Zakat Kuwait, yang diketuai oleh Syeikh Abdulrahman Alterkait, Monitor of Orphans & Student Sponsorship, hari ini mengadakan pertemuan rasmi dengan Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah YBhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); Dr. Khairul Anuwar Mustaffa, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan; dan wakil NGO INSAN. Perbincangan utama tertumpu kepada isu-isu semasa zakat dan peluang memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi Islam antarabangsa.

Pertemuan ini membuka peluang untuk hubungan lebih erat antara Malaysia dan Kuwait, sekaligus memperluaskan usaha bersama dalam memperkasa zakat dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.