اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS CERAPAN RASMI HILAL RAMADAN 1446H

PUTRAJAYA, 28 MAC 2025 - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah menganjurkan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H serentak di 3 lokasi melihat anak bulan iaitu di Menara Kuala Lumpur, Pusat Konveksyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Selain Jawatankuasa Rukyah Hilal yang dilantik, turut terlibat adalah Unit Falak JMWP, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hasil cerapan hilal bagi kesemua lokasi tersebut dilaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Alhamdulillah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan tarikh permulaan Ramadan 1446H adalah pada 2 Mac 2025.

JMWP juga berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YB Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Mokhtar, dan YB Senator Dr Zulkifli bin Hasan, Menteri dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut serta di dalam Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan di Menara Kuala Lumpur.