اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Lawatan rasmi para pegawai daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur | 19 Oktober 2015 - Lawatan rasmi para pegawai daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) diadakan ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cawangan Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan sebagai tinjauan daripada pihak JAIS Sarawak bagi pemantapan dan penambahbaikan sistem pengurusan dan pengawasan tauliah mengajar agama. Kedua-dua pihak saling bertukar idea khususnya perihal piagam pelanggan, carta alir bagi proses mendapatkan tauliah dan keadaan-keadaan yang membolehkan tauliah ditarik balik.  Harapan agar dakwah Islam di Malaysia ini terus berkembang mengikut prinsip-prinsip Ahlu Sunnah wal Jamaah. [widgetkit id=157]