اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

QALAM MUFTI #66: KEKALAHAN LIVERPOOL: PENDAPAT SAYA

liv post 2

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke hari kesudahan.

Dunia Bola Sepak pada hari ini sedang hangat memberitakan perihal kekalahan Liverpool sebanyak 3 kali dalam 4 perlawanan terakhir mereka dalam setiap kejohanan. Sesungguhnya keadaan ini telah membuatkan penyokong dan peminat Liverpool seluruh dunia merasa sedih dan kecewa.

Namun begitu, bagi kami terdapat beberapa noktah penting di sebalik kekalahan ini untuk pasukan Liverpool kembali muhasabah dan terus bangkit semula:

  • Sukan Bola Sepak suatu sukan yang penuh kejutan. Bola itu bulat, falsafah yang menatijahkan akan ada pasukan yang menang dan yang kalah. Sesungguhnya ujian selesa dengan kemenangan itu amat berbahaya. Liverpool hanya memerlukan 4 kemenangan dalam liga untuk mengesahkan kejuaraan liga. Semoga Liverpool tidak terus terleka dan bersegera bangkit untuk terus menang mengesahkan kejuaraan yang dinanti selama 30 tahun ini.
  • Di sebalik sebab-sebab kekalahan yang klise seperti jadual perlawanan yang padat dan bukan pemain utama bermain, pasukan Liverpool juga menjadi sasaran seluruh kelab yang menjadi lawan mereka untuk membuktikan sesuatu sehingga boleh kita katakan mereka berhempas pulas mempamerkan aksi permainan 120%, melebihi kebiasaan permainan mereka.
  • Permainan Ultra-Defensif dan taktikal Serang Balas setiap pasukan lawan Liverpool, perlu menjadi perhatian dan tumpuan utama para pemain dan pasukan kejurulatihan untuk melaksanakan latihan terbaik bagi merencanakan taktikal yang efektif untuk lebih kreatif mencari gol.
  • Dalam kita meraikan dan menerima hakikat kemenangan atau kekalahan, amat perlu kita tekankan semangat persahabatan dalam sukan bola sepak ini. Saat menang, nikmatilah kemenangan dengan penuh semangat hormat-menghormati. Saat kalah, bertabah dan bersabar serta terus memberi sokongan agar pasukan kita kembali bangkit semula. Semoga kita semua dijauhkan dari sikap berkata perkataan buruk antara satu sama lain. Usah suburkan budaya buruk dan tidak bertamadun penyokong-penyokong lain.
  • Penyokong Liverpool berterusan setia menyokong dan sudah terbiasa menerima berita kekalahan. Mereka akan terus memberi sokongan agar pemain mereka bersemangat kembali untuk meneruskan rentak kemenangan sehingga menjulang Piala Liga Perdana Inggeris buat pertama kalinya dalam 30 tahun sesegera yang mungkin.

YNWA.