اختيار اللغة:

hubungi2maklumbalas2peta2

TINTA MUFTI BIL. 23/2025: FIKH AULAWIYAT

TintaMufti.jpg 

FIKH AULAWIYAT

Pada 22 September 2025, YAB PMX ketika dalam perhimpunan Perdana Menteri bersama para pegawai kerajaan telah meminta kepada pihak Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengulas mengenai Fikh Aulawiyat. Maka di sini saya akan menghuraikan mengenai Fikh Aulawiyat untuk kefahaman masyarakat awam khususnya para pegawai kerajaan.

Fikh Aulawiyat adalah sebuah ilmu yang membincangkan mengenai peletakkan sesuatu amalan berdasarkan neraca syariah dan akal secara adil. Ilmu ini penting untuk kerajaan, para mufti, para pendakwah dan mereka yang terlibat di dalam penetapan polisi dan dasar. Hal ini demikian kerana tanpa fikh aulawiyat, seseorang akan terjebak ke dalam kehancuran dan kerosakan, apatah lagi dalam konteks mentadbir sebuah kerajaan.

Imam Al-Ghazali ada mengingatkan kepada kita bahawa perbuatan meninggalkan penyusunan keutamaan di dalam melakukan sesuatu kebaikan adalah dikira sebagai merupakan satu bentuk keburukan .

Bayangkan seseorang yang mendahulukan perkara sunat ke atas perkara wajib, pastinya dia akan meninggalkan sesuatu yang lebih utama. Begitulah dalam konteks sebuah kerajaan yang perlu untuk mendahulukan perkara yang lebih menjaga maslahah kepada rakyat secara umumnya dan melaksanakan tindakan-tindakan yang paling kurang risikonya.

Justeru, pendekatan Fikh Aulawiyat adalah sangat penting di zaman ini untuk menjadi panduan, kerana kita tidak mampu melakukan semua perkara yang baik dalam satu masa, tetapi kita boleh lakukan sesuatu yang sesuai mengikut masa, tempat dan keperluan.

Akhir kata, coretan ini hanyalah sekadar merupakan satu ringkasan yang menyentuh mengenai Fikh Aulawiyat, dalam rangka menghuraikan sedikit perkara yang disentuh oleh YAB PMX dalam perhimpunan tadi. Untuk bacaan lanjut mengenai fikh aulawiyat ini, maka dicadangkan untuk dirujuk kepada kitab Fikh Aulawiyat yang dikarang oleh Imam al-Qaradawi dan kitab Fikh Mizan oleh Imam al-Qarahdaghi.

Wallahu a'lam

 

SAHIBUS SAMAHAH USTAZ AHMAD FAUWAZ BIN FADZIL
1 RABIULAKHIR 1447H / 23 SEPTEMBER 2025