اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #541 : BERIMAMKAN ORANG FASIQ DAN MUNAFIK

Soalan: Bolehkah solat berimamkan orang yang melakukan maksiat dan orang munafik, apakah jawapan di sisi Ahli Sunnah wa al-Jamaah?

Jawapan:

Boleh tetapi makruh. Daripada Anas RA berkata:

لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةً: رَجُلٌ أَمَّ قَوْمًا وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ، وَامْرَأَةٌ بَاتَتْ وَزَوْجُهَا عَلَيْهَا سَاخِطٌ، وَرَجُلٌ سَمِعَ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ ثُمَّ لَمْ يُجِبْ

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah melaknat tiga golongan, lelaki yang menjadi imam kepada sesuatu kaum sedangkan mereka membencinya, perempuan yang tidur sedangkan suaminya marah kepadanya dan lelaki yang mendengar seruan حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ (marilah solat) sedangakan dia tidak menyahutnya.

Riwayat al-Tirmidzi (358)

Sebaliknya imam hendaklah mereka yang menepati syarat sama ada syarat sah atau syarat afdhal. Kami nukilkan sebuah hadis daripada Ibn Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِى الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِى السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِى الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِناً

Maksudnya: Yang menjadi imam bagi sesuatu kumpulan ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran. Sekiranya mereka setara dalam bacaan, maka yang lebih alim dalam hadith, jika dalam hadith mereka pun sama maka yang lebih dahulu berhijrah, dan jika dalam hijrah juga mereka masih sama maka yang lebih tua usianya di kalangan mereka.

Riwayat Muslim (613)

Semoga Allah kurniakan kepada kita kebaikan hidup di dunia dan di akhirat. Amiin.