AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 385 (16 SEPTEMBER 2016 M / 14 ZULHIJJAH 1437 H)
SOALAN:
Assalamualaikum admin.. Nak tanya, Apa hukumnya jika seorang lelaki yang telah berkahwin, merahsiakan hubungan perkahwinan bila berbual dengan perempuan lain?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Pada asalnya tidak ada masalah bagi seseorang lelaki untuk tidak memberitahukan status perkahwinan diri ketika berbual dengan wanita yang bukan isterinya. Tidak pula jatuh talak jika dia berkata dia bujang. Melainkan ini menunjukkan akhlak yang buruk kerana membawa kepada penipuan. Perbuatan sebegini juga boleh menimbulkan persepsi negatif, fitnah dan salah faham. Justeru, seorang suami yang bertanggungjawab akan menghindari akhlak sebegini untuk menjaga keharmonian dan kasih sayang keluarga buat jangka masa panjang.
Wallahua’lam.