اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #413 : GUNA DUIT BIASISWA UNTUK MENAFKAHI IBU BAPA

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 413 (25 OKTOBER 2016 M / 24 MUHARRAM 1438 H)

 

SOALAN:

Apa hukum menggunakan duit biasasiswa pelajaran untuk keperluan ibu ayah yang fakir.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Harus menggunakan duit biasiswa untuk kegunaan ibu ayah kerana duit itu diberi sebagai hak milik seseorang dan baginya kuasa untuk menggunakannya seperti mana yang dia kehendaki, atau hak al-tasarruf. Ini berbeza dengan penggunaan baucar pelajaran yang dikeluarkan oleh kerajaan yang hanya terpakai penggunaannya untuk pembelian buku. Justeru soal salah guna dan tidak amanah tidak timbul. Apatahlagi dalam situasi ibu ayah itu dalam keadaan sakit, kefakiran dan kesusahan, maka menjadi tanggungjawab seorang anak, lelaki atau perempuan, setelah selesai keperluan dirinya, untuk menafkahi ibu bapanya dan itulah salah satu bentuk ihsan.

Rujuk Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/290-294); Fiqh al-Manhaji (4/173-175)

Maka kami berpendapat hendaklah digunakan terlebih dahulu biasiswa berkenaan untuk kewajipan pelajaran seperti yuran dan kos-kos wajib untuk pelajaran, kemudian untuk keperluan mendesak (daruri) diri, kemudian jika ada lebihan maka boleh diberikan kepada ibu ayah.

Wallahua’lam.