اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #263 : MENAHAN MATA DARIPADA PERKARA NEGATIF

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 263 (6 MEI 2016 M / 29 REJAB 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Pada saranan Ustaz, sebagai seorang remaja, apakah cara yang berkesan untuk mengelakkan diri saya daripada melihat perkara2 yang negatif?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Firman Allah SWT:

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

(Surah al-Nur, 24:30)

Firman Allah SWT juga:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

(Surah al-Nur, 24:31)

Sesungguhnya kita lebih mengetahui keadaan diri sendiri. Dengan aqal dan hati kurniaan Allah, kita tahu apa yang haram dan halal. Bagi perkara yang haram, kita tahu bahawa nafsu itu cenderung kepada kejahatan, seperti mana yang difirmankan Allah SWT akan kata-kata Nabi Yusuf AS:

إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي

Maksudnya: Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali, orang-orang yang telah diberikan rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).

(Surah Yusuf, 12:53)

Nafsu ini dikawal dengan proses mujahadah. Antara bentuk-bentuk mujahadah jiwa ialah:
*Berdamping dengan rakan-rakan yang soleh.
*Jangan diberi peluang bagi nafsu untuk melakukan dosa
*Gantikan perkara negatif kepada positif seperti menyibukkan diri dengan aktiviti bersama orang ramai seperti aktiviti kebajikan dan menghadiri kuliah ilmu.

Semoga kita diberikan hidayah dan taufiq dari Allah SWt untuk menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.

Wallahua’lam.

Imej dari Pixabay