اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #359 : BELANJA MAKAN KERANA DAPAT TENDER

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 359 (12 OGOS 2016 M / 9 ZULKAEDAH 1437 H)

 

SOALAN:

Satu syarikat A mengamalkan proses tender terbuka kepada kontraktor, contohnya untuk membaik pulih bangunan syarikat tersebut. Sejurus selesai membaik pulih bangunan tersebut, pihak kontraktor membuat claim untuk pembayaran. Sejurus mendapat bayaran daripada syarikat A tersebut, pihak kontraktor memberikan sedikit sumbangan untuk pekerja syarikat A berkenaan untuk beli makan tengahari. Dalam erti kata lain, kontraktor belanja semua pekerja syarikt tersebut sebagai tanda terima kasih. Bolehkah pekerja syarikat berkenaan menerima sumbangan tersebut dari segi pandangan Islam?

 

JAWAPAN:

Pertama, isu seperti ini perlu dilihat kepada niat. Kaedah menyatakan:

الأُمُورُ بِمَقَاصِدِهَا
Maksudnya: Hukum bagi suatu perkara itu tertakluk kepada tujuannya.

Kedua, mengikut kepada sifat warak, alangkah baiknya seseorang itu menjarakkan dirinya daripada perkara yang syubhah.

Ketiga, jauhilah pemberian yang boleh disalahtafsirkan sebagai rasuah.

Keempat, lihat maksud terma rasuah menuruh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang lebih mengetahui terma dan perundangannya.

Semoga Allah selamatkan kita dari sebarang bentuk rasuah dan juga syubhat di sekelilingnya. Renungilah hadith Nabi SAW:

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ
Maksudnya: Tinggalkan apa yang mengelirukan kamu kepada apa yang tidak mengelirukan kamu (jelas dan nyata).

Hadith riwayat Imam al-Tirmidzi (2518)

Wallahua'lam.