اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #355 : HARAM BERKAHWIN DENGAN ANAK BEKAS ISTERI

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 355 (10 OGOS 2016 M / 7 ZULKAEDAH 1437 H)

 

SOALAN:

Assalamualaikum tuan mufti. Suami dan isteri telah bercerai. Isteri nikah lain dan dapat anak.perempuan, boleh tak suami asal kahwin dengan anak perempuan tadi?

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Diharamkan secara ta’bid (selama-lamanya) atas seorang lelaki berkahwin dengan anak perempuan tirinya, jika dia sudah menyetubuhi isterinya. Pengharaman ini tetap berlaku sekalipun isteri berkenaan sudah meninggal dunia ataupun diceraikan. Jika isteri itu diceraikan, lalu berkahwin dengan lelaki lain dan memperoleh anak perempuan dengannya, anak itu juga diharamkan berkahwin dengan suami pertama.

Dalilnya ialah firman Allah SWT:

وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ
Maksudnya: Dan (diharamkankan juga berkahwin dengan) anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).

Surah al-Nisa’, 4:23

Wallahua’lam.