اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #350 : HUKUM MEMBINA KEPOK KUBUR

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 350 (4 OGOS 2016 M / 1 ZULKAEDAH 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz,sy ada pertanyaan berkenaan bolehkah didirikan binaan seperti kepok di kubur seseorang macam yang banyak berlaku dikubur2 org islam dimalaysia sekarang?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Perkara ini khilaf dalam kalangan ulama. Tujuan asasnya adalah supaya tanah tidak roboh, bagi membezakan antara tanah kubur dan bukan, agar tidak dipijak dan menjadi jalan. Jika binaannya rendah dan tidak menunjukkan kepada pembaziran, tetapi sekadar membuat orang mengenali kubur tertentu di samping menjaga kebersihannya, maka kami cenderung hukumnya ialah harus. Kami berpendapat bahawa binaan kepok di kubur yang berlebih-lebihan adalah tidak dibenarkan bahkan bercanggah dengan sifat Islam yang sebenar. Seorang pujangga menyebut

أبى أهل القُصور إِذا أُميتوا ... بَنَوْا فوق المقابر بالصخور
أبو إِلاّ مباهاةً وفخراً ... على الفقراء حتى في القبور

Engganlah golongan yang mewah apabila mati
Membina atas kubur itu batu-bata
Kecuali untuk bermegah-megah dan menunjuk
Kepada orang yang fakir walaupun di dalam kubur. [1]

 

____________________________

[1] Safwat al-Tafasir, 3/571

Wallahua’lam.