AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 344 (29 JULAI 2016 M / 25 SYAWAL 1437 H)
SOALAN:
Apakah hukum mencampur aduk mazhab sebegini, adakah ia talfiq, dan apakah ia membahayakan kepada aqidah, agama, dan masyarakat. Pohon ulasan syeikh memandangkan isu ini kelihatan berat dan makin menjadi-menjadi kebelakangan ini di negara kita.
JAWAPAN:
Para ulama telah bahas di dalam kitab-kitab usul fiqh secara panjang lebar isu talfiq. Justeru, amat perlu ditekuni oleh orang Muslim dalam penghayatan dan pengamalan agama, akan asas dan kaedah ilmu yang sebenar, mengikut acuan mazhab masing-masing. Dengan itu akan selamat daripada sebarang talfiq kecuali yang mempunyai asas dan dalil yang kukuh.
Wallahua’lam.