اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #961: BERAPAKAH TASYDID PADA TAHIYYAT ATAU TASYAHHUD

tasydid - tasyahhud.JPG

Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Saya ingin bertanya, berapakah tasydid pada tahiyyat atau tasyahhud pada masa solat?

 

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Dalam menjawab persoalan ini, kami nyatakan pendapat Syeikh Salim bin Sumair al-Hadrami, kata beliau:

:تَشدِيدَاتُ التَّشَهُّدِ إحدَى وَعِشْرُونَ: خَمْسٌ فِي أكْمَلِهِ وَسِتَّةَ عَشَرَ فِي أَقَلِّه

ا(التَّحيَّاتُ) عَلَى التَّاءِ وَاليَاءِ (المُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ) عَلَى الصَّاد، (الطَّيِّباتُ) عَلَى الطَاءِ وَاليَاء، (لله) عَلَى لَامِ الجَلَالَةِ، (السَّلامُ) عَلَى السِّينِ، (عَلَيكَ أيُّها النَّبيّ) عَلَى اليَاءِ والنُّونِ وَاليَاءِ، (ورَحمَةُ اللهِ) عَلَى لَامِ الجَلَالةِ، (وَبرَكَاتُهُ السَّلامُ) عَلَى السِّينِ، (عَلَينَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ) عَلَى لَامِ الجَلَالَةِ، (الصَّالِحِينَ) عَلَى الصَّادِ، (أشهَدُ أن لَّا إلَه) عَلَى لَامِ أَلِفٍ، (إلَّا الله) عَلَى لَامِ أَلِفٍ وَلَامِ الجَلَالَةِ، (وأَشْهَدُ أنَّ) عَلَى النُّونِ، (مُحمَّدًا رَسُولُ اللهِ) عَلَى مِيمِ مُحمَّدٍ وَعَلَى الرَّاءِ وَعَلَى لَامِ الجَلَالةِ

Tasydid pada bacaan tasyahhud ada dua puluh satu: Lima jika membacanya dengan sempurna dan enam belas jika dibaca dengan bacaan paling singkat:

  • Tasydid pada huruf ‘ta’ dan ‘ya’ التَّحِيَّاتُ
  • Tasydid pada huruf ‘sod’ المُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ
  • Tasydid pada huruf ‘to’ dan ‘ya’ الطَّيِّبَاتُ
  • Tasydid pada huruf ‘lam al-Jalalah’ لِلَّهِ
  • Tasydid pada huruf ‘sin’ السَّلَامُ
  • Tasydid pada huruf ‘ya’, ‘nun’ dan ‘ya’عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ
  • Tasydid pada huruf ‘lam al-Jalalah’ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
  • Tasydid pada huruf ‘sin’ وَبَرَكَاتهُ السَّلَامُ
  • Tasydid pada huruf ‘lam al-Jalalah’ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ
  • Tasydid pada huruf ‘sod’ الصَّالِحِيْنَ
  • Tasydid pada huruf ‘lam alif’ أَشْهَدُ أنْ لَاَّ إلَهَ
  • Tasydid pada huruf ‘lam alif’ dan ‘lam al-Jalalah’ إلَّا الله
  • Tasydid pada huruf ‘nun’ وَأَشهَدُ أَنَّ
  • Tasydid pada huruf ‘mim’ مُحَمَّداً
  • Tasydid pada huruf ‘ra’ dan ‘lam al-Jalalah’مُحَمَّداً رَسُولُ اللّهِ (Lihat al-Mujtaba fi Syarh Safinah al-Naja, 131-132)

 

Semoga Allah menjadikan solat kita bertepatan dengan kehendak Rasulullah SAW dan penuh keikhlasan dan khusyuk sehingga dimakbulkan Tuhan yang akhirnya melayakkan kita mendapat golongan yang berkemenangan. Amin.