Soalan: Apakah status kisah Nabi SAW merawat Umar al-Khattab RA yang tercedera patah tulang dengan menggunakan lemak burung unta?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berdasarkan kepada soalan di atas, kami tidak menemui sumber atau asal bagi kisah tersebut dan ia juga tidak ada disebutkan di dalam kitab-kitab yang muktabar. Justeru, kita tidak boleh sama sekali menyandarkan sesuatu kepada Rasulullah SAW yang mana kita tidak pasti akan kesahihannya. Ini kerana, perbuatan tersebut termasuk di dalam pendustaan di atas nama Nabi SAW.
Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak kisah berkaitan Rasulullah SAW yang sering diungkapkan di meja-meja penceramah. Namun begitu, kita perlulah mengenalpasti akan kesahihannya sebelum menyebarkannya kerana menyandarkan sesuatu yang tidak sahih kepada Nabi SAW adalah termasuk di dalam pendustaan kepada Baginda SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita serta memberi kita kefahaman tentang agama. Amin.
Wallahua’lam