SOALAN 50 (01/07/2015 BERSAMAAN 14 RAMADAN 1436H)
Apakah hukum orang gila bersetubuh dengan isterinya pada siang hari?
JAWAPAN
Apabila seorang gila bersetubuh dengan isterinya pada siang hari, maka terbatallah puasa isterinya dan wajib ke atas isterinya kaffarah, tidak ke atas suaminya kerana termasuk dalam uzur syar’ie, dengan sebab gila. Inilah pendapat al-Imrani dalam al-Bayan.