اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadhan

HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA

SOALAN 2 (18/06/2015 BERSAMAAN 01 RAMADAN 1436H)

 

 Apakah hukum berbekam pada masa puasa?

 

JAWAPAN

        Berbekam pada siang hari pada bulan Ramadan menjadi khilaf. Yang masyhur dalam kalangan ramai sahabat dan tabiin bahawa ia tidak batal puasa berdasarkan kepada nas. Dikatakan Sa’d bin Abi Waqas R.A melakukan bekam. Begitu juga al-Zubair bin al-Awwam R.A, Ummu Alqamah dan lain-lain. Kecualai Imam Malik dan Abu Hanifah menganggap berbekam hukumnya batal puasa. Manakala Ata’ berpendapat, wajib kifarah.

        Pendapat yang masyhur adalah jumhur yang tidak makruh berbekam jika tidak membawa kelemahan kepada orang yang berpuasa. Lihat Su’alat al-So’imin, (hal. 65-66). Saya lebih cenderung kepada pendapat supaya tidak berbekam ketika berpuasa untuk keluar dari sebarang khilaf.