اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadhan

KEADAAN PUASA PESAKIT BUASIR

SOALAN 5 (18/06/2015 BERSAMAAN 01 RAMADAN 1436H)

Bagaimana kes pesakit buasir? Adakah batal puasanya?

 

JAWAPAN

            Lelaki atau perempuan yang terkena penyakit buasir terpaksa menolaknya dengan menggunakan jari ketika qadha’ hajat adalah batal puasanya mengikut nas Hanafi. Syeikh Hasanain Makhluf menambah, yang mengharuskan berbuka dan hendaklah qadha’ selepas sembuh penyakit. Walaupun begitu, al-Baghawi dan al-Hawarizmi berpendapat, tidak batal puasa dan inilah yang dii’timadkan oleh al-Azraie. Saya bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh al-Baghawi, al-Hawarizmi dan al-Azraie kerana orang ini dari sudut yang lain adalah sihat.