SOALAN
Terangkan sifat panas Neraka Jahanam dan berat azab neraka.
JAWAPAN
Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: “Neraka dinyalakan selama seribu tahun sehingga ia menjadi amat marah, kemudian dipanaskan lagi seribu tahun sehingga menjadi amat putih, kemudian dipanaskan lagi seribu tahun sehingga menjadi amat putih, kemudian dipanaskan lagi seribu tahun sehingga menjadi hitam pekat.”
Abu Isa mengatakan (mengenai hadis al-Tarmizi tersebut) bahawa hadis tersebut mauquf, hanya Yahya bin Abu Bukair Abu Syarik yang merafa’kannya.
Ibnu al-Mubarak meriwayatkan daripada Abu Hurairah, dia berkata: “Neraka dinyalakan seribu tahun sehingga menjadi putih, kemudian dinyalakan lagi seribu tahun sehingga menjadi merah, kemudian dinyalakan lagi seribu tahun sehingga menjadi hitam gelap seperti gelapnya malam.”
Malik meriwayatkan daripada bapa saudaranya Abu Suhail bin Malik daripada bapanya daripada Abu Hurairah, dia berkata: “Engkau melihatnya seperti api kamu semua. Ia benar-benar lebih hitam daripada asphalt.”
Ibnu al-Mubarak meriwayatkan daripada Sufyan, daripada Sulaiman, daripada Abu Zhibyan, daripada Salman, dia berkata: “Neraka itu hitam, baranya tidak bercahaya api.” Kemudian dia membaca:
كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا مِنْ غَمٍّ أُعِيدُوا فِيهَا وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ
Maksudnya: Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (kepada mereka dikatakan): “Rasailah azab yang membakar ini.”
(Surah al-Hajj: 22)
Malik meiwayatkan daripada Abu al-Zinad, daripada al-A’raj daripada Abu Hurairah, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Api dunia yang kemu semua panaskan 1/70 bahagian daripada api nereka.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulllah, meskipun semua dikumpulkan?” Rasulullah SAW bersabda: “Ia lebih panas 69 kali.”
Riwayat Muslim
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Api kamu semua ini 1/70 kali daripada api neraka. Jika ia dahulu tidak dipadamkan dengan air dua kali, maka ia tidak bermanfaat untuk seorangpun.”
Dalam riwayat lain daripada Ibn Abbas: “Api ini telah disiram dengan air laut sebanayak tujuh kali. Jika tidak maka ia tidak bermanfaat.”
Riwayat Abu Umar
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Api kamu semua ini 1/70 daripada api Neraka Jahanam. Jika dahulu ia tidak dapat dipadamkan dengan air laut sepuluh kali, maka kamu semua tidak dapat memanfaatkannya.”
Ibnu Abbas ditanya tentang api dunia, daripada apakah ia dicipta, maka dia menjawab: “Daripada api neraka, tetapi telah dipadamkan dengan air 70 kali. Jika bukan sedemikian maka tidak dapat didekati, kerana ia daripada api Neraka Jahanam.”
Muslim meriwayatkan daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat, manusia yang paling senang di dunia yang menjadi penghuni neraka, dicelupkan sekali ke dalam neraka. Kemudian dikatakan kepada mereka, “Wahai anak Adam, adakah kamu pernah melihat kebaikan? Adakah kamu pernah merasakan kesenangan dalam hidupmu?” Mereka berkata: “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan.” Lalu dibawa orang yang paling susah ketika di dunia dan dicelupkan sekali ke dalam syurga. Kemudian ditanya kepadanya: “Adakah kamu melihat kesusahan dalam hidupmu? Adakah kamu merasakan keburukan?” Mereka menjawab: “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan, aku tidak merasakan keburukan dan kesusahan.”
Ibnu Majah meriwayatkan dari hadis Muhammad bin Ishaq daripada Humaid Ath-Thawil, daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat dikatakan kepada penghuni dunia yang kafir yang paling senang, “Celupkan sekali dia ke dalam nereka.” Setelah dicelupkan dia dikeluarkan. Lalu ditanya kepadanya: “Wahai fulan, adakah kamu pernah mendapat kenikmatan dalam hidupmu?” Dia menjawab: “Tidak ada kebaikan yang pernah kuperolehi.” Kemudian dibawa orang yang beriman yang paling susah dan amat banyak sekali mendapat bencana, lalu dikatakan padanya: “Celupkan dia sekali ke dalam syurga.” Kemudian ditanya kepadanya: “Adakah kamu pernah merasakan kesusahan dan bencana?” Doa menjawab: “Tidak ada kesusahan dan bencana yang pernah kurasakan.”
Abu Hudbah Ibrahim bin Hudbah meriwayatkan daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika penghuni Neraka Jahanam mengeluarkan tapak tangannya ke dunia sehingga dapat dilihat, maka dunia terbakar kerana panasnya. Jika penjaga neraka dikeluarkan kepada penduduk dunia sehingga dapat dilihat, maka penghuni bumi mati ketika melihatnya kerana berasal daripada kemurkaan Allah SWT.”
Ka’ab al-Ahbar berkata: “Demi Zat yang memegang jiwa Ka’ab, jika kamu berada di Timur dan api neraka itu di Barat, lalu ia dibuka, maka otakmu keluar melalui lubang hidungmu kerana panasnya. Wahai manusia, adakah terdapat ketetapan bagi kamu semua di dunia? Adakah kamu semua mampu bersabar dengan seksaan akhirat? Wahai manusia, mentaati Allah SWT lebih mudah bagi kamu semua daripada menanggung siksaan ini, maka taatlah kepada Allah SWT.”
Al-Bazzar (meriwayatkan dalam Musnadnya) daripada Abu Hurairah, dia mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika dalam masjid initerdapat seratus ribu orang atau lebih, kemudian seorang penghuni neraka bernafas, maka mereka terbakar.”
Sabda Rasulullah SAW: “Api yang digunakan anak Adam adalah 1/70 daripada api Neraka Jahanam.” Maksudnya jika semua api yang digunakan manusia dikumpulkan, maka itu baru satu bahagian daripada Neraka Jahanam. Jika semua kayu api yang ada di dunia dikumpulkan untuk menyalakan api, maka itu di bumi satu bahagian daripada 70 bahagian panasnya dibandingkan dengan panasnya api yang ada di neraka, sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain.”
Sabda Baginda SAW: “Jika (إن) semua dikumpulkan” huruf (إن) di sini adalah huruf mukhaffafah yang thaqilah menurut ahli bahasa Basrah, sebagaimana terdapat pada ungkapan ayat (إن هو).
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلاَّ لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلاَّ عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ
Maksudnya: Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan kami tidak menetapkan kibla yang menjadi kiblatmu (sekarang0 melainkan agar Kami mengetahui (dengan nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang berpaling tadah. Dan sesungguhnya (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan Allah tidak akan mensia-sialan imanmu. Sesungguhnya Allah maha penyayang kepada manusia.”
(Surah al-Baqarah: 143)
Maksudnya, sesungguhnya jika semua dikumpulkan dari segi kuantiti, maka nabi SAW menjawab: “ia seperti berlebihan dalam ukuran dan tahap kepanasan yang juga 69 kali lebih panas."
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Muhamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
28 Syawal 1436H bersamaan 13 Ogos 2015