SOALAN
Berapakah jenis khilaf dan apakah sebabnya?
JAWAPAN
Terdapat dua jenis khilaf iaitu:
Pertama: Khilaf Maqbul (yang diterima) seperti jenis-jenis haji dan beberapa masalah yang lain.
Kedua: Khilaf Mazmum (yang dikeji). Antara puncanya ialah:
- Kejahilan
- Kezaliman dan melampau
- Mengikut hawa nafsu dan zan
- Mukhalafah Manhaj Nabawi (bercanggah dengan manhaj Nabi)
- Khilaf yang harus dan boleh diterima. Ini berdasarkan kepada beberapa syarat
- Hendaklah yang berkhilaf itu di kalangan ahli fiqh dan cerdik dalam agama
- Dalam perkara-perkara cabang dan bukan qat’ie
- Bermatlamatkan mencari kebenaran
- Berkorban dan berusaha sedaya upaya dalam mencari kebenaran (ijtihad)
Sebab-sebab Berlakunya Khilaf
Perbezaan fahaman dan akalan serta kemampuan dalam mendapatkan ilmu.
- Perbezaan dalam penguasaan ilmu
- Perbezaan dalam penguasaan bahasa Arab
- Khilaf dalam masalah berhujah dengan sumber-sumber fiqh
- Khilaf pada syarat-syarat yang sepatutnya wujud pada hadis sahih
- Khilaf pada kaedah-kaedah usuliyah seperti:
- Menentukan makna lafaz musytarak (lafaz yang berkongsi banyak makna)
- Menentukan suruhan wajib atau sunat
- Menentukan larangan atas haram atau makruh
- Menentukan mutlaq di atas muqayyad
- Menentukan lafaz atas haqiqat (sebenar) atau majaz (kiasan)
- Menentukan umum al-Quran dan sunnah mutawatirah atas nas dengan khabar ahad
- Menentukan umum sesuatu percakapan
- Menentukan dalalah nas atas fahqa al-khitab
- Menentukan kembali pengecualian selepas ayat, adakah kembali semuanya atau yang akhir sahaja
- Menentukan dalalah nas pada mafhum mukhalafah
- Khilaf pada qiraat dalam al-Quran
- Khilaf dengan sebab bertentangan dalil-dalil
Guru kami Fadilatu al-Syeikh Dr. Mustafa Said al-Khin melalui bukunya yang bertajuk Athar al-Ikhtilaf fi al-Qawa’id al-Usuliyyah fi Ikhtilaf al-Fuqaha telah menjelaskan panjang lebar berhubung isu ini.
Akhukum fillah
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
02 Zulkaedah 1436H bersamaan 17 Ogos 2015