SOALAN
Apakah hukum menepuk bahu kepada seseorang dengan tujuan berimam dengannya?
JAWAPAN
Saya lebih cenderung kepada tidak perlu kita menepuk bahu sebagai isyarat untuk kita berimam dengannya tetapi memadai dengan niat untuk mengikutinya. Dalam hal ini, jika seseorang yang solat sunat, kemudian ada orang menepuk bahunya untuk menjadikan dia imam, dia hanya perlu teruskan solatnya dan tidak disyaratkan dia berniat menjadi imam. Lihat Mughni al-Muhtaj oleh al-Syarbini al-Khatib (1/503). Justeru, boleh mengikut imam kepada seseorang tanpa perlu menepuk bahunya.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohd al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
09 Zulkaedah 1436H bersamaan 24 Ogos 2015