اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

F.A.Q Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Khas

Apakah Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Khas?

J: Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Khas adalah satu tauliah yang dikeluarkan kepada individu-individu yang tidak mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan tetapi individu-individu ini dijemput oleh Kementerian/ Agensi/ Jabatan/ Kelab/ Persatuan/ Masjid atau Surau untuk menyampaikan suatu perkara daripada ajaran agama Islam di tempat-tempat tersebut.

Tauliah ini adalah satu mekanisme atau kaedah bertujuan untuk menapis penyebaran kefahaman yang salah, sesat, tidak selari dengan arus kefahaman Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar atau menjurus kepada fahaman ekstrem daripada disebarkan kepada umat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

 

 

Bahagian apakah yang bertanggungjawab menguruskan Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Khas (TMAIWPK)?

J: Di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Unit Istinbat, Bahagian Fatwa yang bertanggungjawab menguruskan Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Khas.

 

 

Bolehkah saya memohon melalui laman sesawang e-Tauliah PMWP?

J: Tidak. Buat masa ini, laman sesawang tersebut masih dalam proses naik taraf dan penambahbaikan. Justeru, laman sesawang tersebut masih belum dibuka kepada umum. Permohonan yang pernah dihantar melalui laman sesawang tersebut terbatal secara automatik dan tidak diproses.

 

 

Siapakah yang perlu membuat permohonan?

 

J: Permohonan perlu buat oleh individu atau institusi yang mewakili individu-individu yang dijemput menyampaikan suatu perkara daripada ajaran agama Islam di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

 

 

Bilakah saya perlu menghantar permohonan TMAIWPK?

 

J: Tempoh penghantaran permohonan adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur dan Putrajaya

Labuan

14 hari sebelum, dari tarikh program

30 hari sebelum, dari tarikh program

 

 

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan tauliah tersebut?

 

J: Penganjur perlu melengkapkan Borang Permohonan Tauliah Khas berserta dokumen berkaitan SEBELUM program diadakan.

Borang boleh dimuat turun melalui pautan berikut : https://bit.ly/brgTauliahKhasWP

Satu salinan tersebut hendaklah dialamatkan kepada:

Kuala Lumpur dan Putrajaya

Labuan

Unit Istinbat,
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya,
No.3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 PUTRAJAYA

Unit Istinbat,
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan
Tingkat 9, Blok 4,
Kompleks Ujana Kewangan,
Jalan Merdeka,
87000 LABUAN

Semua dokumen berkaitan dan borang permohonan yang telah ditandatangan boleh diemelkan ke عنوان البريد الإلكتروني هذا محمي من روبوتات السبام. يجب عليك تفعيل الجافاسكربت لرؤيته.

 

 

Apa yang perlu saya lampirkan bersama Borang Permohonan Tauliah Mengajar Agama Islam (Khas) tersebut?

 

J: Bagi setiap individu yang memerlukan tauliah, individu atau institusi yang menguruskan perlu melampirkan dokumen berikut :

i) Gambar penceramah (saiz paspot) – 1 salinan

ii) Biodata lengkap setiap individu yang dijemput menyampaikan suatu perkara daripada ajaran agama Islam

iii) Salinan sijil akademik dan yang berkaitan yang telah disahkan betul – 1 salinan setiap satu

 

 

Apa prosedur permohonan TMAIWPK ini?

 

J: 1) Pemohon melengkapkan borang dan lampiran.

2) Permohonan yang diterima akan disemak oleh kakitangan Unit Istinbat. Sekiranya borang yang dihantar tidak lengkap, pemohon akan dihubungi semula oleh urus setia. (Peringatan: Sila pastikan nombor telefon bimbit [HP] ditulis di dalam borang untuk memudahkan sebarang makluman).

3. Permohonan yang telah dipastikan lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan keputusan kelulusan tauliah.

4. Keputusan permohonan akan dimaklumkan. Sekiranya berjaya, Surat Akuan Kelulusan dikeluarkan kepada individu atau institusi yang membuat permohonan hanya setelah resit bukti bayaran dikemukakan kepada PMWP. Surat Akuan Kelulusan perlu dikemukakan kepada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang bertanggungjawab membuat pemantauan.

** Kelulusan permohonan yang diputuskan di dalam mesyuarat adalah muktamad.

 

 

Adakah sebarang bayaran dikenakan ke atas tauliah yang dikeluarkan?

 

J: Ya, berdasarkan Kaedah 3, Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Tauliah Mengajar Agama Islam)(Pindaan) 2021, semua tauliah yang dikeluarkan dikenakan bayaran mengikut kategori dan tempoh masing-masing. Kadar bayaran ini telah pun berkuatkuasa pada Januari 2021. Kutipan bayaran dikenakan kepada permohonan yang dibuat bermula Januari 2023.

 

Berapakah kadar bayaran fi bagi TMAIWPK yang ditetapkan?

 

Warga Negara
(RM)

Bukan Warga Negara
(RM)

100

200

** Tauliah dikeluarkan ke atas individu yang menyampaikan perkara dari ajaran agama Islam dan bukan program.

 

Bilakah saya boleh membuat pembayaran?

J: Pembayaran hanya boleh dibuat selepas mendapat pengesahan perakuan lulus tauliah mengajar agama Islam. Bayaran penuh mestilah dibuat sebelum menerima surat perakuan lulus. Penjelasan bayaran lebih awal tidak menjamin kelulusan dan perakuan tauliah.

 

Bagaimanakah dan di manakah bayaran boleh dijelaskan?

 J: Bayaran boleh dijelaskan melalui :

** Resit mestilah disimpan untuk dikemukakan sebagai bukti semasa membuat tuntutan Surat Kelulusan Tauliah Khas di kaunter PMWP.

 

Apakah batas kandungan yang boleh disampaikan di Wilayah-Wilayah Persekutuan?

 J: Bahagian III, Kaedah 26 dalam Kaedah-kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Tauliah Mengajar Agama Islam) 2006 menyatakan:

Tiap-tiap pengajar yang telah diberikan tauliah mengajar di bawah kaedah 25 hendaklah, dalam melaksanakan tugasnya, tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

a)    tidak mengajar dan menyebarkan apa-apa ajaran yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah;

b)        tidak menyentuh apa-apa perkara yang berhubungan dengan kedaulatan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan mana-mana Raja sebagai Ketua agama Islam sesuatu Negeri;

c)         tidak menghina perkara khilafiah yang terdapat dalam empat mazhab yang muktabar dan yang tidak tak selaras dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah;

d)        tidak menyentuh isu parti politik, tidak menyentuh secara langsung hal-hal peribadi mana-mana individu dan tidak menghina mana-mana pihak berkuasa agama; dan

e)        mematuhi apa-apa peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

 

Sekiranya mana-mana individu yang mendapatkan kelulusan tauliah khas melakukan mana-mana kesalahan di atas atau ada aduan terhadapnya, apakah tindakan yang akan diambil ke atasnya?

J: Individu tersebut boleh dipanggil untuk mendapatkan penjelasan mengenai situasi sebenar. Sekiranya didapati benar melanggar peraturan semasa yang berkuatkuasa, permohonan TMAIWPK untuk individu tersebut di masa akan datang boleh untuk tidak dipertimbangkan.

 

Disediakan oleh:
Unit Istinbat, Bahagian Fatwa
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan