SELASA | 25 OGOS 2015 – Tokoh Pendakwah al-Quran terkenal, Ustaz Nouman Ali Khan telah menziarahi Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri di pejabat beliau. Mereka berbincang sekitar isu dakwah, pembelajaran dan pendidikan al-Quran dan juga sejarah peribadi yang menarik bagaimana Ustaz Nouman kembali nilai-nilai Islam lalu meninggalkan kehidupan yang jauh daripada agama. Beliau turut menghadiahkan kepada sahibus Samahah Datuk Mufti buku terbaru terjemahan dalam Bahasa Malaysia bertajuk “Inspirasi Khutbah Nouman Ali Khan”. Sesi turut dihadiri wakil media Karangkraf untuk sesi rakaman ekslusif yang akan disiarkan tidak lama lagi. [widgetkit id=151]
ZIARAH TOKOH PENDAKWAH USTAZ NOUMAN ALI KHAN KE PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Umar Mukhtar Mohd Noor
الزيارات: 7912