Soalan
Assalamualaikum. Boleh saya tahu, berapa usia Nabi Allah Adam AS kerana saya dengar banyak pendapat yang berbeza-beza? Ada yang kata umur beliau 1000 tahun. Adakah ini benar?
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Setelah melihat beberapa rujukan, maka kami dapati pendapat yang kuat bahawa usia Nabi Adam ialah 1000 tahun. Ada pendapat yang menyebut usianya 960 tahun.
Tetapi kami tarjihkan pendapat yang menyatakan usianya 1000 tahun. Ini berdasarkan Tafsir al-Tabari (13/239), Tafsir al-Kabir oleh al-Razi (1/2081), Tafsir Ibn Kathir (1/722), Kanz al-‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al (6/134) dan al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir (1/67).
Semoga Allah kurniakan kefahaman yang baik berkenaan dengan agama kita. Amin.