FUNGSI CAWANGAN LABUAN
1. Unit Buhuth
- Menjalankan penyelidikan dan menyediakan bahan untuk kertas kerja cadangan fatwa.
- Mengkaji dan mentahqiq kitab-kitab turath yang muktabar berkaitan hukum dan fatwa.
- Meneliti dan menyediakan jawapan kepada pertanyaan masyarakat di WP Labuan.
- Menjalankan kajian fatwa dan manuskrip serta meneliti kesesuaian semasa berkait permasalahan umat Islam di WP Labuan.
- Memberi khidmat nasihat mengenai permasalahan agama kepada masyarakat selari dengan apa yang telah dikeluarkan oleh JMWP.
- Menjalankan siasatan terhadap laporan berkenaan kesalahan penyampaian penceramah atau pegang tauliah yang dijemput di surau dan masjid di WP Labuan.
- Menjalankan kajian berkenaan kesesuaian amalan dan kebiasaan yg diamalkan di sekitar WP Labuan.
2. Unit Istinbat
- Menjalankan Seminar dan Bengkel Penjelasan Fatwa semasa kepada masyarakat awam.
- Menjalankan Kelas/Seminar/Bengkel Interaktif/Tahsin Ibadah & Al-Quran kepada pemegang tauliah mengajar agama Islam dan orang awam.
- Menguruskan permohonan tauliah mengajar agama Islam umum dan tauliah khas.
- Menjalankan temuduga bagi permohonan tauliah mengajar agama Islam.
- Menyediakan dan menyelaras pembentangan kertas kerja dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Mengajar Agama Islam WP.
- Mengadakan Majlis Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam WP.
- Menjalankan pemantauan penceramah dan pemegang tauliah mengajar agama Islam di mana-mana premis bersama agensi berwajib.
3. Unit Falak
- Menjalankan aktiviti cerapan hilal rasmi, berkala dan lain-lain cerapan yang berkait ibadah.
- Melaksanakan tugas penentuan, semakan dan pengesahan arah kiblat di WP Labuan.
- Membuat pengiraan, penyelarasan dan penyediaan takwim Hijri, takwim solat, takwim imsak dan berbuka puasa bagi seluruh WP Labuan.
- Menjalankan penyelidikan dan pendidikan falak melalui aktiviti dan program di WP Labuan.
- Menyebarkan maklumat berkaitan falak kepada masyarakat di WP Labuan.
4. Unit Khidmat Sokongan
- Mengurus tadbir hal-hal berkaitan pengurusan am pejabat, struktur organisasi jabatan serta surat-menyurat jabatan dan kerajaan.
- Mengurus tadbir hal-hal berkaitan perkhidmatan dan pentadbiran sumber manusia.
- Mengurus tadbir hal-hal berkaitan pengurusan bajet dan kewangan jabatan.
- Mengurus dan memastikan kenderaan jabatan berada dalam keadaan yang baik.
- Mengemas kini fail dan rekod jabatan serta mengurus hal berkaitan penyelenggaran, pelupusan dan pemeliharaan rekod awam.
- Mengurus dan mengemas kini aset dan stor jabatan.
- Menguruskan cuti secara manual dan melalui sistem HRMIS.
- Mengurus dan menyelaras komunikasi dan teknologi maklumat termasuk pengemaskinian maklumat jabatan.
- Membantu menyelesaikan masalah teknikal dan IT jabatan dan menyelenggara sistem rangkaian komputer setempat (LAN).