SUPPORT SERVICE FUNCTION
1. Unit Sumber Manusia
- Mengendalikan urusan perkhidmatan, latihan dan pembangunan kerjaya petugas.
- Merancang dan melaksanakan urusan perjawatan dan pembangunan organisasi.
- Menyelaras fungsi intergriti jabatan dan bertindak sebagai urusetia Lembaga Tatatertib.
- Mengawalselia penggunaan aplikasi HRMIS.
2. Unit Pentadbiran
- Menyediakan perkhidmatan berkaitan pengurusan pejabat serta fasiliti selamat dan kondusif untuk warga kerja.
- Melaksanakan urusan perolehan kerajaan berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa.
- Memastikan aset dan inventori jabatan dikendalikan secara cekap, sistematik dan optimum bagi keperluan petugas.
- Melaksana dan memantau urusan rekod, fail dan dokumentari Jabatan.
- Mengurusetia mesyuarat utama jabatan berkaitan pengurusan.
3. Unit Kewangan
- Merancang permohonan dan agihan bajet jabatan bagi peruntukan mengurus dan akaun amanah.
- Melaksanakan urusan pembayaran perolehan jabatan dan tuntutan berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa.
- Menguruskan pembayaran emolumen warga jabatan.
- Memantau prestasi kewangan jabatan serta menyediakan laporan kewangan yang berkaitan.
4. Unit ICT
- Merancang dan menetapkan keperluan ICT jabatan berdasarkan keperluan semasa jabatan.
- Menyedia serta memantau infrastruktur ICT termasuk rangkaian dan keselamatan rangkaian.
- Melaksanakan pembangunan sistem dan aplikasi bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan jabatan.
- Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal ICT kepada warga jabatan.
- Membaikpulih perkakasan komputer dan jaringan komunikasi ICT jabatan.