CORPORATE COMMUNICATION UNIT'S FUNCTION
1. Pengurusan Pentadbiran Hal Ehwal Korporat
- Menyelaras maklumat sistem media jabatan bagi memastikan maklumat dikemas kini dengan bahan informasi terkini.
- Melaksanakan program “turun padang” bertemu masyarakat.
- Melaksana pelan media berhubung publisiti, promosi, kempen dan lain-lain bagi setiap dasar program dan aktiviti jabatan.
2. Pengurusan Perhubungan Hal Ehwal Korporat
- Mewujudkan hubungan kerjasama dan perkongsian maklumat dengan institusi fatwa dan institusi berkait hal ehwal Islam dalam dan luar negara.
- Menyelaras penyaluran maklumat isu-isu agama semasa melalui sistem media, liputan dan kenyataan akhbar kepada agensi dan pelanggan.
- Menganalisa dasar jabatan dan kerajaan melalui pemantauan trend semasa dan ramalan strategik.
3. Pengurusan Hal Ehwal Komunikasi Strategik
- Mengumpul maklumat dari pemantauan media sosial, media cetak dan elektronik termasuk saluran internet untuk kajian isu semasa.
- Mengurus dan menyelaras maklumat jabatan secara dwibahasa (Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris) melalui sistem media.
- Menyedia dan menyelaras bahan penerbitan kreatif jabatan secara dwibahasa dalam penyampaian maklumat kepada agensi dan awam.
4. Pengurusan Media Korporat
- Menyedia dan menyelaras maklumat dalaman semasa melalui sistem media, laporan berita dalaman dan arkib berita.
- Membantu dan menyelaras pengurusan khidmat pelanggan melalui aduan, pertanyaan dan cadangan awam.