Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Penentuan Arah Kiblat

16 Januari 2020 (Khamis)

Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bergerak ke satu aras yang baru dengan memanfaatkan kemajuan teknologi (Sistem Penentududukan Sejagat) GPS dalam membantu kerja-kerja pengukuran arah kiblat di Wilayah Persekutuan. Satu Bengkel latihan Penggunaan Peralatan GPS/GNSS telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Bengkel ini memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai unit falak bagaimana peralatan GPS/GNSS dapat membantu mmemudahkan proses kerja pengukuran arah kiblat. Melalui bengkel ini juga, para pegawai dan kakitangan diberi tunjuk ajar kaedah yang betul mengendalikan peralatan GPS/GNSS, aspek penjagaan peralatan dan kemudahan kerja yang dapat dilaksanakan berbanding kaedah yang biasa digunapakai dalam kerja ukur arah kiblat. Turut serta dalam bengkel kali ini adalah wakil dari Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.