Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM KLINIK HUKUM (HUKUM HAKAM & FATWA SEMASA) DAN TAZKIRAH JUMAAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

LABUAN, 25 OKTOBER 2024 – Sempena Lawatan Kerja JMWP ke Labuan pada 23 hingga 25 Oktober 2024, JMWP telah melaksanakan beberapa program antaranya Klinik Hukum (Hukum Hakam & Fatwa Semasa) dan Tazkirah Jumaat di masjid/surau sekitar Labuan seperti berikut:

Program: Klinik Hukum (Hukum Hakam & Fatwa Semasa)
Tarikh: 23 Oktober 2024 (Rabu)
Tempat:
1. Surau Baitul Makmur, Kampung Durian Tunjung bersama SS Datuk Prof Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan)
2. Masjid Sultan Muhammad V, Kampung Lajau bersama SF Kyai Manan Lubis bin Kasri (Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan)
3. Masjid Rancha-Rancha Darat, Kampung Rancha-Rancha Darat bersama SF Prof. Mohd Fauzi bin Hamat (Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan)
4. Surau Uwais Al-Qarni, Kampung Pantai bersama SF Datuk Haji Abd. Aziz bin Yacob (Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan)
5. Surau Khalid Al Walid Kampung Batu Manikar Bersama SF Dr. Wan Zulkifli bin Wan Hasan (Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan)
6. Surau Ar-Raudhah, Kampung Bukit Kuda Bersama Ustaz Abdulhakim Fakhruddeen bin Muhamad Ridzuan (Pegawai Unit Buhuth, JMWP)

Program: Tazkirah Jumaat
Tarikh: 25 Oktober 2024 (Jumaat)
Tempat:
1. Masjid Jamek Layang-Layangan, Kampung Layang-Layangan Bersama SS Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan (Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan)
2. Masjid An-Nur Wilayah Persekutuan Bersama Dr. Syed Syahridzan bin Syed Mohamed (Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan))
3. Surau Darus Salam Kampung Patau-Patau No.2 bersama Ustaz Mohd Shairawi bin Mohd Noor (Pegawai Unit Buhuth JMWP)

Semoga dengan pelaksanaan program ini yang bersifat sebagai program pencerahan hukum dapat memberikan kefahaman berkaitan hukum hakam dan fatwa semasa kepada para jemaah dan penduduk setempat yang hadir.