Pilihan Bahasa:

hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM BAYAN LINNAS SIRI 5/2026 DI SURAU AL-IRFAN, KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

LABUAN, 8 Ogos 2026 (Sabtu) – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) Cawangan Labuan telah menganjurkan Program Bayan Linnas Siri 5/2026 yang bertempat di Surau Al-Irfan, Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Program ini diadakan sebagai salah satu platform penyampaian ilmu dan informasi berkaitan kefatwaan, hukum-hakam serta isu-isu semasa kepada warga KML.

Program tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Shahirul bin Abdullah selaku penceramah. Program ini memberi ruang kepada para peserta untuk mendapatkan penjelasan dan kefahaman yang lebih jelas berkaitan isu-isu agama, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan merujuk kepada sumber dan autoriti agama yang berautoriti dalam kehidupan seharian.

Pelaksanaan Program Bayan Linnas Siri 5/2026 ini turut memperkukuhkan hubungan kerjasama antara Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan dengan Kolej Matrikulasi Labuan dalam usaha memperluaskan penyampaian ilmu dan kefahaman Islam kepada golongan mahasiswa. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan secara berterusan sebagai medium dakwah, pendidikan dan penyampaian maklumat berkaitan kefatwaan kepada masyarakat di Wilayah Persekutuan Labuan.