Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR

LANCHANG, 9 JANUARI 2021- Atas rasa prihatin dan tanggungjawab membantu sesama insan PMWP dengan kerjasama rakan strategik Masjid Al-Imam Ash-Shafie,Tmn Maluri, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam, YaPEIM (Official) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Wilayah Persekutuan merentas sempadan negeri bagi menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir di Lanchang, Pahang.

Lokasi pertama adalan menziarahi dan menyantuni mangsa banjir di Pondok Tahfiz Hj. Ahmad, Lanchang. Penghuni pondok seramai 26 orang ini hampir musnah ditenggelami banjir pada awal pagi minggu lepas. Air melimpah naik melepasi bumbung pondok turut memusnahkan barangan dan peralatan serta karpet masjid berhampiran. Alhamdulillah sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan harian dan air mineral diberikan. Kami juga mengambil kesempatan untuk membersihkan kawasan dan membasuh peralatan yang masih boleh digunakan.

Lokasi kedua di Pondok Darul Ulum, Paya Siput tidak jauh dari pondok pertama. Kedudukan pondok di atas bukit tidak menjejaskan walaupun kawasan rendah berhampiran seolah-olah menjadi pulau beberapa hari dipenuhi air melepasi pinggang. Menurut Mudir, Ustaz Sabaruddin, fenomena banjir ini berulang kali kedua setelah tarikh sama 3 Jan 1971, iaitu 50 tahun yang lalu. Alhamdulillah, selain sumbangan tunai dan pek makanan, kami juga menyerahkan mesin generator bagi kegunaan surau apabila bekalan elektrik terputus.

Mudah-mudahan mereka semua redha dan bersabar atas ujian yang menimpa. Kepada semua pihak dan para dermawan, semoga amal jariah dan infaq diterima sebagai amal kebajikan berpanjangan.