PUTRAJAYA, 5 DISEMBER 2024 – Unit Runding Cara Akidah (URCA), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan Bengkel Pemurnian dan Semakan Modul Perundingan Akidah JMWP pada 3 hingga 5 Disember 2024. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dengan melibatkan para pegawai penyelidik JMWP bagi membuat penelitian dan menambah baik sebelum modul tersebut diterbitkan. Semoga usaha penerbitan modul perundingan ini menjadi garis panduan dan rujukan kepada agensi-agensi agama dan semua lapisan masyarakat.
Buletin Putrajaya & Kuala Lumpur
BENGKEL PEMURNIAN DAN SEMAKAN MODUL PERUNDINGAN AKIDAH JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Jumlah paparan: 252