Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN TERIMA KUNJUNG HORMAT PEGAWAI PENYELARAS TAKMIR

PUTRAJAYA, 30 MEI 2025 – Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima kunjung hormat daripada Ustaz Muhammad Imran bin Hj Ibrahim, Pegawai Penyelaras Takmir Wilayah Persekutuan JAWI di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Dalam sesi pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai isu berkaitan perkembangan program Takmir, termasuklah pengukuhan modul pengajaran masjid, peningkatan kualiti penceramah dan pelaksanaan aktiviti pengimarahan yang lebih berkesan di bawah inisiatif Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI). Sahibus Samahah turut menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkasa institusi masjid melalui kolaborasi berterusan antara agensi-agensi berkaitan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyambut baik kunjungan ini dan berharap kerjasama erat sebegini dapat diteruskan dalam usaha memartabatkan syiar Islam di Wilayah Persekutuan. Inisiatif seumpama ini selaras dengan visi Pejabat Mufti untuk memperkukuh peranan agama dalam masyarakat menerusi pendekatan inklusif, berautoriti dan berwibawa.