Pilihan Bahasa:

hubungi2maklumbalas2peta2

SESI PENERANGAN PROGRAM MULTAQA PENGURUSAN JENAZAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) BERSAMA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 19 November 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima sesi penerangan berhubung Program Multaqa Pengurusan Jenazah anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diketuai oleh YBrs. Puan Maznah binti Yusof, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah.

Sesi penerangan ini bertujuan memberikan maklumat berkaitan perancangan dan pelaksanaan program berkenaan, termasuk pengisian serta aspek-aspek berkaitan pengurusan jenazah yang akan diketengahkan.

Pertemuan ini turut menjadi ruang perkongsian pandangan dan penyelarasan berkaitan pengisian ilmu serta aspek hukum syarak dalam pengurusan jenazah bagi memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan memberikan manfaat kepada masyarakat.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sentiasa komited dalam menjalin kerjasama dengan JAWI bagi memperkukuh kefahaman masyarakat berkaitan pengurusan jenazah menurut tuntutan syarak serta memperkasa penyampaian ilmu Islam kepada masyarakat.