Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-AFKAR #50: CADANGAN KITAB AKIDAH UNTUK PENUNTUT ILMU

kitab

Soalan: Bolehkah Dato’ Seri terangkan secara ringkas berkenaan kitab-kitab yang sesuai dimiliki dan dipelajari oleh penuntut ilmu dalam bidang Tauhid?

Jawapan:

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kepentingan Mempelajari Ilmu Tauhid

Kata Imam al-Syafie:

أحكمنا ذاك قبل هذا

“Aku menguasai itu (ilmu Tauhid), sebelum menguasai ini (ilmu Fiqh).” (Lihat Manaqib al-Syafie, 1/457)

Kepentingan mempelajari ilmu Tauhid tidak dapat disangkal lagi dan merupakan ilmu yang paling penting untuk dipelajari berbanding ilmu-ilmu lain. Masalah-masalah penyelewengan yang berlaku dalam pemikiran, perkataan dan amalan tidak akan berlaku kecuali kita akan dapati ianya berpunca daripada masalah pemahaman Tauhid.

Firman Allah SWT:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

(Surah al-Anbiya’: 25)

Selain daripada itu, keseluruhan amal soleh yang dilakukan untuk mencapai keredhan Allah SWT adalah bergantung penerimaannya di sisi Allah SWT kepada kesahihan akidah seseorang. Rosaknya akidah membawa kepada rosaknya iman. Adapun rosaknya iman seseorang, menatijahkan kekufuran dan Allah SWT tidak akan menerima amalan daripada orang kafir. (Lihat Tabsit al-‘Aqa’id al-Islamiyyah, m. 21)

Senarai Cadangan

Kami amat menghargai khazanah Nusantara kita yang menghimpunkan sekian banyaknya kitab-kitab dalam bidang Tauhid yang amat baik. Antaranya adalah sebagaimana yang dinyatakan dibawah:

  • Ilmu Tauhid karya Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah)
  • Durar al-Fara’id bi Syarh al-‘Aqa’id karya Sheikh Nuruddin ar-Raniri
  • Bidayah al-Hidayah karya Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh
  • Zahrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tauhid karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani
  • Tuhfah al-Raghibin fi Bayan Haqiqat Iman al-Muminin wa Yufsiduhu min Riddah al-Murtaddin karya yang dinisbahkan kepada Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
  • Kifayah al-Mubtadi fi Usul I’tiqad al-Mursyidin karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani
  • Risalah Ta’alluq bi Kalimah al-Iman karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani
  • Dhiya’ al-Murid fi Ma’rifat Kalimah al-Tauhid karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani
  • Al-Durr al-Thamin fi ‘Aqa’id al-Mu’minin karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani
  • ‘Iqdat al-Jawahir karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani
  • Ward al-Zawahir li Hill Alfaz ‘Iqd al-Jawahir karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani
  • Kitab Usul al-Din karya Syeikh Mukhtar ‘Atarid
  • Perisai Bagi Sekalian Mukallaf karya Syeikh 'Abd al-Qadir al-Mandili
  • Jumanat al-Tauhid karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani
  • Faridat al-Fara’id fi ‘Ilm al-‘Aqa’id karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani
  • ‘Aqidat al-Najin fi ‘Ilm Usul al-Din karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani
  • Munjiyyatul Awwam karya karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani
  • Minhaj al-Salam karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani
  • Fath al-Majid fi Syarh al-Durr al-Farid fi ‘Ilm al-Tauhid karya Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani
  • Nur al-Zalam ‘ala Manzumat al-Musamma fi ‘Aqidat al-Awwam karya Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani
  • Syarh Futuh al-Madaniyyah fi Syu’b al-Imaniyyah karya Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani

Selain itu, penuntut ilmu tidak dapat tidak wajib untuk mengenali kitab-kitab Tauhid dalam Bahasa Arab. Ini kerana, sebahagian besar daripada kitab-kitab tersebut adalah dalam Bahasa Arab. Selain itu, Bahasa Arab juga adalah kunci ilmu bagi penuntut ilmu dalam bidang agama. Antara kitab yang dicadangkan adalah:

  • Al-Fiqh al-Akbar yang dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah. Begitu juga syarahnya oleh Mull ‘Ali al-Qari.
  • Jauharah al-Tauhid karya Syeikh Ibrahim al-Laqqani dan syarah-syarahnya.
  • Al-‘Aqidah al-Tahawiyyah karya Imam Abu Ja’far al-Tahawi. Begitu juga syarah-syarahnya.
  • Umm al-Barahin karya Imam al-Sanusi
  • Al-Kharidah al-Bahiyyah karya Imam al-Dardir
  • ‘Aqidah al-‘Awwam karya Syeikh Ahmad al-Marzuqi
  • Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin karya Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari
  • Al-Luma’ fi Radd ‘ala Ahl al-Zaygh wa al-Bid’ karya Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari
  • Al-Ibanah 'an Usul al-Diyanah karya Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari
  • Istihsan al-Khaud fi ‘Ilm al-Kalam karya Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari
  • Al-I’tiqad wa al-Hidayah ila Sabil al-Rashad karya Imam al-Baihaqi
  • Al-Asma’ wa al-Sifat karya Imam al-Baihaqi
  • Qawa’id al-‘Aqa’id karya Imam al-Ghazali. Begitu juga Ightinam al-Fawa’id fi Syarh Qawa’id al-‘Aqa’id karya Syeikh Ahmad Zarruq
  • Al-Farq bayna al-Firaq karya Imam ‘Abd al-Qadir al-Baghdadi
  • Al-Iqtisad fi al-I’tiqad karya Imam al-Ghazali
  • Faisal al-Tafriqah bayna al-Islam wa al-Zandaqah karya Imam al-Ghazali
  • Iljam al-‘Awwam ‘an ‘Ilm al-Kalam karya Imam al-Ghazali
  • Kitab al-Mawaqif fi ‘Ilm al-Tauhid karya Imam al-Iji
  • Al-‘Aqa’id al-Nasafiyyah karya Imam al-Nasafi dan syarahnya karya Imam al-Taftazani
  • Al-Milal wa al-Nihal karya Imam al-Syahrastani
  • Al-Fisal fi al-Milal wa Ahwa’ al-Nihal karya Imam Ibn Hazm
  • Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah karya Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti
  • Al-‘Aqidah al-Islamiyyah wa Ususuha karya Syeikh ‘Abd al-Rahman Habannakah al-Maidani
  • Tabsit al-‘Aqa’id al-Islamiyyah karya Syeikh Hassan Ayyub
  • Tarikh Mazahib al-Islamiyyah karya Syeikh Muhammad Abu Zahrah

Semoga kita dikurniakan kefahaman dalam memahami akidah yang sebenar dan kesungguhan dalam mempelajarinya. Wallahu a’lam.