AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 309 (30 JUN 2016 M / 25 RAMADHAN 1437 H)
SOALAN:
Salam Ustaz,nak tanya adakah batal puasa kalau terkeluar air mani disebabkan kerana BERFIKIR lucah & MELIHAT perkara yg boleh menaikkan syahwat sehingga keluar nya air mani ??,selain itu perlukah kita mandi wajib disebabkan perkara diatas???MOHON PENJELASAN SEGERA OLEH USTAZ
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Puasa seseorang itu tidak batal kerana keluarnya air mani melalui mimpi, berfikir, dan melihat perkara yang bersyahwat, meskipun secara berulang, tidak membatalkan puasa kerana ketiadaan mubasyarah, yakni menyentuh langsung tanpa lapik. Walaupun begitu, mandi wajib tetap wajib dilakukan.
Rujuk I’anah al-Talibin (2/256).
Sebaiknya dalam bulan puasa ini janganlah berfikir atau melihat yang tidak memberi manfaat, bahkan dosa-dosa merosakkan pahala puasa, dan sibukkanlah diri dengan amalan kebajikan yang dilipat gandakan pahalanya di bulan mulia ini. Firman Allah Taala dalam sebuah hadith Qudsi:
الصَّوْمُ لِي، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، يَدَعُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي، فَالصَّوْمُ جُنَّةٌ
Maksudnya: Puasa itu untuk Aku, dan Aku sendiri akan mengganjarinya, orang yang berpuasa itu meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya kerana Aku, maka puasa itu adalah perisai.
Hadis riwayat Imam Ahmad (9112), Imam Bukhari (1894)
Wallahua’lam.