Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #6 : HUKUM MENANTU PEREMPUAN TIRI BERSALAMAN DENGAN BAPA MERTUA TIRI

SOALAN 6 (20 APRIL 2015 BERSAMAAN 1 REJAB 1436H)

Assalammualaikum, ustaz. Saya ingin mendapatkan pencerahan dari ustaz. Apakah hukum menantu perempuan tiri bersalaman dengan bapa mertua tiri? Sekian terima kasih.

 

JAWAPAN

Hukumnya adalah tidak dibolehkan kerana dianggap ajnabi. Dengan kata lain, jika sekiranya suami kepada menantu perempuan tiri itu meninggal dunia dan habis iddah, maka bapa mertua tiri tersebut boleh mengahwini perempuan tersebut. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua dan faqih dalam agamanya.